beautiful
destination
holiday
hornbill
nature
pelancongan
sarawak
scenery
Taman Negara Bako
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Bumi Kenyalang Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
Monyet Protoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi
tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet
Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316
spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan
binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung
muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak
dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.
Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak tahun 1957.supaya hidupan liar tidak akan terancam.
Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April
sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September
keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.
No comments