1.
"3 Layer Tea"
Teh
yang mempunyai 3 lapisan, lapisan di bawah adalah gula melaka, lapisan tengah
susu dan lapisan atas adalah teh pekat
2. Mee Dawai
Meskipun
tidak ramai penduduk luar Sarawak yang tahu akan mee ini, tetapi penduduk di
Sarawak sendiri menggemari mee dawai. Mee dawai rasanya keras dan rangup.
Rasanya amat berbeza dengan rasa mee yang lain
3. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas.
4. Mee Kolok
Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.
5. Manok Pansoh
Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh. Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di Sarawak. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh. Cara memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang.
No comments